❤ aku chenta duniaku disini ❤.sudah skodeng? jgn lupe tinggalkan link n saya akan jenggah blog anda. ;)

✿sWeeTBlog9eR✿

Sunday, November 9, 2014

Trip to Krabi .. ~Part 1.

Kawan :Eh..Eh..Air Asia buat promotion. Tiket ke Krabi two ways cuma RM148.84 tapi naik dari KLIA2..ok x?

Aku : OK2..on! (dengan semangatnya..) haha.

31 Oktober 2014
JB - TBS - KLIA 2 - Krabi

aku bertolak dari JB jam 8:00pagi. Untuk ke KLIA2 aku dan dua orang rakan telah memutuskan untuk menaiki bas dari Larkin ke TBS. Tiket dah dibeli awal2. Tiket bas dari Larkin ke TBS ialah RM35.

Sampai di TBS pada jam 12:45tengah hari. Sampai kat sana kitorang cari makan dulu sebelum bergerak terus ke KLIA2. Selepas kenyang, kitorang bergerak ke terminal ERL untuk mencari tiket ke KLIA2. Takde lah mahal mane, harga cuma RM26.50..tapi kalau korang ada kad siswa sila bawa yer..dapat pengurangan 30% tu..huhuhu..Dekat TBS, cuma ada ERL Transit saje yer..Tapi kalau nak ERL Ekspress korang kena gi ke KL Sentral. Harga tiket RM35. Naik ERL transit ni laju jugak.Dari TBS ke KLIA2 cuma mengambil masa lebih kurang 32minit.

1st time aku menjejakkan kaki ke KLIA2 besar dia bukan main. Nasib datang awal. Flight aku masa tu pukul 4:25petang. Nasib sampai dalam pukul 2:35petang. Jadi untuk membuang masa aku berwindow shopping lah kat dalam tu. Hahaha..

Tepat pukul 4:25petang, aku dan rakan2 yang lain menunggu dan terus menunggu kehadiran flight. Penuh semangat kami berlari. Last2..flight delay masa tu. Hamekk.. 45minit menunggu dan akhirnya kami menaiki kapal terbang Air Asia . Mungkin faktor cuaca menjadi penyebab flight lambat. hmm..

Ok. Aku sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Thailand tepat pada jam 7:30malam waktu Malaysia..(lebih kurang kot sampai sana..)turun je dari flight aku dengan kawan2 yang lain terus gi tempat beli tiket bus. Harga untuk seorang dalam 150baht = RM15 . Kitorang turun kat Ao Nang, Krabi. Sebab dah book hotel kt area Ao Nang..Perjalanan sejauh 17km. Korang jangan book hotel kat Krabi Town k. Jauh dari pantai dan kat sana xde apa2 yg menarik.

~K.L House Ao Nang , tempat menginap ni betul2 kat bandar Ao Nang, sebelah 7 eleven. senang nak cari makan.. Sebab sebelah depan tu byk restoren halal..Kalau korang nak ke pantai pun bole jalan kaki..tak jauh cuma 0.2km jek..~

Untuk harga hotel ni.. RM71/night. sangat murah sebab aku booking kat Agoda.com

Ok lah..esok aku sambung part 2. Mencari pakej termurah n pakej apa je yang perlu korang amek. hmm.. Kbye.. :)


Thursday, October 16, 2014

Allah Ada ...


~ everything happens have a reason~

Angin yang menampar ke dalam lubuk hati lagi sakit rasanya daripada ditampar oleh tangan manusia..

Aku benci dengan diri..
Tapi aku sayang diri aku..

Allah ada...
Allah ada...

Kau kena tabah!
Bangkit jangan sakit..
Bangkit dan yakin agar kau tidak terluka..
Bangkit dan berlari agar kau dapat mengejar realiti..
Tinggalkan segala fantasi yang kau reka..
Kau jangan lemah!

Hilangkan sifat mudah berharap..
percaya..
menerima..
Jangan mudah membuka ruang hati kau untuk dipermainkan..
Inilah dugaan bagi diri kau yang terpaksa kau tempuhi..
Sedih diselubungi kelam..
Sedih dihurungi kegelapan..

Allah ada..
Allah ada..

Dia Pencipta dan kau perlu percaya kewujudannya..
Kau tak perlu lari sebab aku pasti ini bukalah derita yang harus kau tempuhi..

monolog dalaman:Masih mengharap atau memendam. Dan ini bukan dendam. Rindu!
:: "crying isn't a sign of weakness.It's a sign of having tried too hard to be strong for too long"..

Wednesday, October 15, 2014

Engkau & Aku

13 Oktober 2014

::Trobek Entry::

Masuk bulan September bagi tahun 2014. aku mula mencari sesuatu kepastian dalam hidup. Tapi carian itu belum ditemui. Sehingga aku berjumpa dengan seseorang yang aku anggap boleh dipercayai.Ayat penyedap permulaan cerita

Kenalan dari zaman sekolah tetapi dia berperwatakkan biasa. Disenangi ramai dan mudah membawa diri. Aku anggap dia sekadar kawan tapi lama kelamaan seperti ada suatu kejutan elektrik bila kami sedang berbicara. Pendapat yang berbeza mungkin menyebabkan keserasian.

Melalui pemerhatian aku, dia sangat caring dan bertanggungjawab orang nya. Jarang bagi aku menjumpai seseorang yang berbeza jantina yang boleh satu kepala. Walaupun sering berbicara kasar diantara satu sama lain, tapi dia masih mempunyai timbang rasanya. Mungkin dulu tidak pernah bertegur sapa, namun memori di ingatan sewaktu zaman persekolahan masih boleh dikongsi bersama.

Hanya Engkau dan Aku yang tahu kebenaran. Keakraban kita mungkin disalah ertikan, tetapi percaya lah..Aku ingin mula berkawan dan aku berjanji tidak akan melibatkan perasaan.

nota kecil: "kadang-kadang kita tersalah erti dengan apa yang berlaku. akan tetapi itulah hakikatnya.Berkawan biar beribu, berkasih untuk yang satu. Thanks to be my friend and be my good listener." *TABIK SPRINGGG*

Pesanan:untuk ENGKAU yang membaca, jangan anggap nota ini betul2 tentang diri kau. Sebab aku dah buat penambahan bagi sedapkan ayat. hahaha. Jangan marah hah..

Credit to Mr. T bcoz give me an idea to update the post. Just for fun. TQ.

Wednesday, October 8, 2014

Keterujaan.

Holla..Hi kepada yang baru menjenggah blog aku yang suram nih.haha...

Assalamualaikum, setelah sekiankalinya selepas beberapa tahun dan berbulan lamanya tak menjenggah blog. Akhirnya..aku berjaya menyelinap masuk.Keterujaan dabel terasa bila dah dapat ingat password woi. haha.

Sesungguhnya aku dah terlupa kata laluan blog ni. Almaklumlah banyak benda yang nak ingat. Dulu zaman study bole lah doplohpatjam ngadap. sekarang takde maknanya. Sesekali masuk ni ada baiknya up satu post. Biar orang tawu yang aku ni masih lagi hidup di dunia yang maya nih. *(macam ada orang nak perasan aku.)

Okeylah taip ni jela.. lepas ni tunggu cerita aku ea.. Jangan jemu pulak membaca. Lagi satu, Aku tak sabar nak gi travel woi..

Okeyh..Sekian.

monolog dalaman:/ *nampak kehambaran sewaktu menaip. Fikir utk cari duit bayar yuran.

gambar sekadar hiasan...~

Thursday, July 25, 2013

Program Khidmat Masyarakat .. Part 1

Asslamualaikum .. Nampaknya sudah bersawang blog ni.. Memandangkan sudah lama beta tidak update..Maklumlah busy katanya.. huhu.. Ok.. hari ni aku nak cerita pasal projek assignment aku yang lepas.. Menarik betul sebab ni suatu pengalaman baru bagi aku.. untuk makluman semua.. Program Khidmat Masyarakat ni adalah untuk subjek Ko-K .. Jadi memandangkanini adalah tugas assignment, aku dan kawan-kawan yang lain begitu gigih dan bersemangat bila diberi peluang buat task ni. Al maklumlah memasing teruja nak berkhidmat dengan masyarakat.. Program ni telah berlangsung pada 6 Julai 2013, bertempat di Kg. Maju Jaya, Skudai, Johor .. Haa.. ni aku nak tunjuk sikit gambar-gambar segala aktiviti yang telah dibuat.. Scroll ke bawah la ye .. ,, huhu..

aktiviti yang pertama dilakukan pada awal pagi, gotong-royong di kawasan perkuburan. Hanya kaum lelaki sahaja terlibat.. Bersungguh benar mereka ni.

pelajar perempuan sibuk menguruskan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. tengok ramai betul penyertaan.. meriahh!!

Ni adalah pertandingan ukiran nenas. Semangat makcik-2 ni mengukir. Pertandingan dianjurkan oleh Lembaga Nanas..

SETERUSNYAAA...

Ni laa acara paling meriah .. SUKAN RaKYAt.. orang kampung Maju JAya memang semuanya sporting.. terbaikk laa..

disamping itu, booth utk cek kesihatan juga disediakan.. percuma..

setakat ni saja la yang dapat aku kongsikan, tapi mungkin ada bahagian kedua, nak tunjuk plak gambo-2 orang kuat yang bersama-sama menjayakan program ini

untuk pengetahuan korang semua, kami adalah Pelajar Jarak Jauh UUM, Pusat Johor Bahru.Jadi segala aktiviti yang dijalankan melibatkan penduduk kampung dan juga pelajar. Okey laa.. sampai disini saja. Esok lusa kalau rajin aku akan update yang Part 2 plak k. ;)

Sunday, November 11, 2012

Perasaan Yang Dibiarkan

~miss you but it's hard to expressed....~

Hati rasa sesuatu tetapi aku tahu yang ianya hanya khayalan semata...

Kesedaran dalam diri ini membuatkan aku celik dan bangkit.

Berbicara dengan bayang-bayang, lalu aku bertanya pada diri...

Adakah aku layak? Sedangkan aku hanya seorang yang tiada apa-apa..

Siapa aku untuk mendapatkan cintanya ? .. Siapa aku yang mampu memilikinya ? dan .... Siapa aku untuk meluahkan perasaan padanya..

Biarlah perasaan ini dibawa oleh angin.. Terbang melayang lalu menjauh menghilang..

Biarlah rasa sakit ini hanya dapat aku rasa seketika, Walaupun ku tahu ia mengambil masa untuk menyembuhkannya.

Kerinduan ini pasti hilang begitu saja.

Menjauhkan diri adalah lebih baik untuk menghilangkan rasa ini ...

Thursday, July 19, 2012

Jodoh.. Ouh.. Jodoh...

Assalamualaikum ..

Sebelum waktu balik tiba, ada baiknya aku bagi update blog ni dengan menambah-nambah post yang sedia ada...


Hurmm..

Tajuk kat atas tu tak boleh blah betul. Ni semua gara-gara makcik2 aku yang nak sangat tengok aku kawen. Walhal, aku belum bersedia ke arah tu. Sedangkan bercinta pun aku taknak..ni kan pula kahwen.. Ouhh .. Tidaakkk!


Mungkin pintu hati aku belum terbuka ke arah itu. Mungkin dua, tiga tahun akan datang kot boleh buka cerita tu balik.


Btw.. Aku malas nak fikirkan perkara tu memandangkan aku masih perlu belajar mencintai keluarga dan diri sendiri..


Pada makcik2 aku yang suka bangkitkan isu ni tolonglah dihentikan seketika.

Jodoh itu ada.

Insyaallah mungkin satu hari nanti akan ada ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 4, 2012

Keindahan Puisi

Puisi berbicara melalui hati .

Adakah, aku faham setiap bait kata yang terlakar atau yang terkeluar?

Atau aku hanya sekadar mengambil pena dan mencatat setiap perkataan-perkataan yang ku kira ia sesuai dengan setiap ayat.

Kadang-kadang apa yang terkandung di dalam isi hati belum tentu dapat terurai . Ini kerana, apabila hati bermonolog sendirian adakah kita sedar apa yang kita sedang fikirkan?

Jiwa akan mula bercelaru.

Mengatur setiap ayat yang ingin diungkapkan. Padahal ianya enteng dan mudah difahami jika diluahkan dengan kata-kata.

Tapi mengapa begitu sukar jika ingin diungkapkan dengan perbicaraan. Mengapa juga medium penulisan yang dipilih untuk meluahkan isi hati .

Akan bersambung ..............

Friday, May 25, 2012

Percubaan .

Test. Test .


Assalamualaikum & Selamat Hari Jumaat .


Ehem. Hari ini,buat pertama kalinya aku update blog pakai blogger-ndroid . Hahaha.. Gua pakai smart phone okey, kalau tak dunlod app ni macam rasa ketinggalan la pulak . *ceh, angkuh kejap* .


Okeylah, untuk hari ni sampai sini je aku taip . Saje nak memaklumkan yang aku da dunlod app ni ke dalam henpon aku . Harap-harap sape yg teragak-2 nak dunlod lepas ni, boleh la uplod ye.. Memang terbaik . Terbaik kerr?? . Haha. Kbai .


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 24, 2012

Sendiri

Aku berdiri . Berdiri mendonggak ke langit.. Sesekali aku terasa ada yang memerhati . Tetapi aku hiraukan, aku tetap memandang ke langit . Melihat keindahan Sang Pencipta . Sehingga aku tersedar yang aku tidak bersendirian

Fikiran aku merewang seketika. Jauh termenung menyebabkan aku terfikir akan sesuatu. Sesuatu yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata . Keegoaan memaksa aku menyembunyikan semua cerita . Cerita tentang cinta dan isi dunia.

Aku kembali mendonggak ke langit. Lalu aku berhalusinasi sendirian. Mencari cerita di celah-celah awan. Berpandukan bentuk-bentuk awan yang sentiasa berubah-ubah. Alangkah hebatnya ciptaan Illahi . Kerana dapat membahagiakan diri aku yang sepi.

Sinar matahari menembusi gabus yang suci. Aku tersedar dari berhalusinasi. Melihat sekelilingku yang sepi. Rupa-rupanya aku masih SENDIRI .

~looking for something and then u got nothing

Wednesday, May 23, 2012

Biarlah takdir Membawanya

Aku percaya dengan takdir . Tapi adakah takdir itu akan membawa aku kepada dia ? Kalau aku terlalu berharap dan percaya dengan takdir itu, Aku takut , suatu hari nanti aku akan terjerumus dengan kesakitan di dalam jiwa .

Tapi kenapa dia muncul? Muncul hanya buat seketika dan pergi dalam sekelip mata . Adakah ini adil bagi orang yang baru mengenal erti cinta ?

Ohh . . Tidak...

Belum merasa kehangatannya tetapi hati akan mula menjadi sengsara . Derita merindu akan mula tercipta . Air mata yang jernih akan mengalir menahan derita. Ini kerana , derita itu bukan derita biasa, Derita merindu yang tiada kesudahannya . Seolah-olah hati yang telah ditawan tiba-tiba di sentap pergi begitu saja .

Biarlah takdir membawanya . Jika di hati masih curiga .. Akan ku hadapi hari-hari mendatang untuk memantapkan iman di jiwa .

Hanya pada-Mu aku berserah Ya Allah .

Rindulah secara sederhana , supaya jiwamu kekal untuk Maha Pencipta

p/s: Gambar ehsan dari iluvislam.com ... :)

Wednesday, May 9, 2012

Majlis Konvoksyen Adikku .

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera .

Ehem. macam kekok plak aku nak update blog. Da lama kot aku tak bukak blog aku. Sekarang nak update apa-apa konfem aku cuma pakai Twitter je. haha . ok, stop merepek. aku sebenarnya bukan nak cerita pasal twitter ke apa. Hari ni aku nak update pasal Konvoksyen adik aku (Nurul fatihah) yang baru lepas ,6 Mei 2012 hari tu. Meh tengok gambo2 yang aku da snap pkai henpon 18megapixcel aku nih.(kerek betol) huhu.

Ni adik aku yang terima konvo hari tu.Suka bebeno dia . Da macam retis asik bergambo jer.

Abah , Mak , Eah , adik aku yg bongsu (Uca)

sementara tunggu adik aku pulangkan jubah, aku berposing dulu . haha (sempat lagi tu)

Konvokesyen ni buat kat Segamat . Mesti korang tertanya-tanya, adik aku ni amek kos apa kan ? Hurm, dia amek kos Fesyen & Design . Pereka Baju dalam bahasa melayunya. Apa - apa pun tahniah la kepada beliau yang dah pon konvo . Lepas ni kalau nak buat baju raya dah senang sebab da ada tukang jahit dalam rumah. hahaha...

retis yang berposing sebelum balik :P

*aku je yang tak konvo-konvo . tapi takpe, aku tengah dalam proses apply UUM Pace , tinggal tunggu sah jawatan dari kementerian je :) *

p/s: terima kasih kerana sudi membaca . :D

Monday, March 12, 2012

Kembali Merapu . .

waa... wujud lagi blog aku nih rupanya, setelah sekian lama tak meng'update'.. Maklumlah sekarang ni semakin banyak laman-laman sosial yang wujud, sampai aku sendiri tak terlayan lagi. Facebook ntah ke mana , dengan twitter nya lg.. sampai blog jadi tak terbela.. huhu..
Sekarang ni musim cuti sekolah, jadi adalah banyak masa yang aku boleh curi untuk update blog aku. (kalau bos tahu habis aku !) hahaha..

dalam suasana kebosann macam ni, aku tiba-tiba terfikir nak buat bisnes. tapi aku tak tahu nak bisnes apa. Makanan atau Pakaian? tapi aku ada buat deal dengan kawan aku, yang aku nak ambil stok blause n skirt dengan dia. Kekonon nak buat jualan kecil-kecilan . Hurmm.. tengok la dulu macam mana. aku nak cuba dulu, kalau sambutan memberangsangkan aku akan teruskan.. hehhe..

oklah, sampai sini je lah aku merapu.. esok-esok kalau aku ada masa aku akan update lagi blog nih k.

*(perasaan pemes, ada ke yg nak jenggah2 blog aku nih??) huhu


beginilah keadaan aku tika dan saat ini..bosann tahap gaban


*gambar ihsan dari Google

Saturday, November 19, 2011

Rindu Menaip....

salam satu Malaysia...
(cewahhh ;P)

Waaa.. dah masuk hampir setengah tahun aku bekerja.. Jadi agak xde masa nak update blog ni.. dulu masa study rajin sgt-2 update cite..hurmm.. Almaklumlah semenjak lappy ni xde di sisi. Aku malas nk ke Cyber Cafe utk mengupdate kn segala citer-2 yg dongeng.. hahaha..Agak rindu nak menaip segala cerite sengsasi n terkini. Apa bole buat.. lappy aku da b'alih arah ke adik ak.. ak da xstudy,so bg la lappy ni b'khidmat tuk dia.. (konon jd akak yg baik la...) ahakzz...

ok la.. da alang2 aku meghadap lappy ni, aku nk utarakan satu topik tuk korg sumer.. =)
mcm ni cite nyer. dua hari yang lepas ada member aku ngadu yg shoutmix kt blog dia di hack oleh kwn2 yg xb't/jwb. hurm.. kesian kan..

ekceli cite kt dlm blog dia uh xde la seteruk mana pun. just cite pndgn dia t'hdp wanita yg b'tudung. mmg dlm dunia ni xde yang sempurna tp mlalui penulisan mgkin akan membuka mata org utk menilai apa yg betul n salah. lgpun kalau niat wanita tu nak pkai tudung adalah betul tu bgus la kan.. ni setakat pkai tudung cume nk ikot kawan o nk cuba ikot2 kan fesyen xguna jgk btol x??

so, jadi la diri sendiri. klau kita rasa diri kita btol xpayah la nk m'gelabah bila di tegur. xperlu la nk m'ugut atau memaki hamun org yg mmberi pndgn tu..
Sekurang-2nya, b'syukur la sbb org tu tlg membuka mata n minda . ingat kwn tu kadang kala cermin utk diri kita.


hurm. xkn korg snggup b'diri lama2 depan cermin tuk btol2 nilai diri korg ..akan jumpe ker?? lama2 blh jd cm patung nih..hee. :P


*p/s; kita xselalu membawa cermin kemana-2. so, guna kan kwn sbg cermin utk mlihat diri kita. . =P

Saturday, July 9, 2011

~ i'm alive... ;)

Assalamualaikum...
fuh.. lama gilerr tak ber'bloging.. nk update blog pon xsempat. mklumlah bila da bekerja madang xsempat nk bkak lappy ni.. hanya mampu on9 pkai HP je.. hurmm..

okeyh.okeyh.
dikesempatan ni ak nak bgtwu yg ak masih hidup lagi k. ahakz. :D .. yeah. i'm still alive. (ceh, macam tajuk lagu Celine Dion la plak..) haha.. ;D

hurmm.. macam-2 da benda yg berlaku. sampai nk citer kat cni pon ak tak mampu nk citer. tapi ada satu perkara yg paling happy pada ak tuk tahun ni.. adik aku yg bongsu (Ucha)
dapat sambung blaja kat Politeknik,Terengganu.. yg best nyer. aku dapat gi makan angin lepas anto dia.. haha.. ni lau ia twu konfem maki-2 sbb jeles.. ktorg mkn angin tanpa mengajak dia sekali. huhu. sorry sis...


sabar menanti.. yg pkai tudung itam tu Ucha, berdiri tegak (Bapak aku). tgh termenung(adek ak jgk.. Eah..)



hah.. ni dia orang kuat kita sudah mai.. haha.. ini lah si Wawa anak buah aku..dia pun ada blog jgk..dtg la mlawat..heehe..



peh. akak ak happy gilerr. siap wat peace lg uh. xly blah..haha.. gambo mse lepas anto Ucha. bgunan blkg uh asrama dia la.. mak baru lepas nanges..



last pic yg aku amek sblm bertolak ke JB..@Pantai Batu Burok Resort


hurmm.. sumer bergumbira bila dapat jln-2 n shoping-2. tp hakikatnya ada yg sedih kerana telah berjauhan dr keluarga iaitu Ucha.. huhu. Apa-2 hal sabo je la ye dek.. kitorang sume akan ingat kt ko selalu..

nota kaki; Ucha ko belaja rajin-2, nnt lau dapat keje yg bgus ko ley tolong mak.. hurmm.. kt cni mak risau gilerr gn kau.. Do your Best sis..(!)

Saturday, April 30, 2011

Damn(!) Miss So Much.

salam you'll... ;)

haish. da naik bersawang ak nyer blog nih. xde masa nak update. balik kerja mandi lepas tu makan n tido.. malas bebeno nak bukak lappy. huhu.macam penat sgt.. :P

hurm..
semenjak dua menjak nih, aku asik t'ingat kisah-2 yg berlalu. aku rinduu sangat-2 dengan kawan-2 yg selama nih selalu ada disamping aku masa aku belajar dulu. kadang-2 hanya mampu melihat pic diorang jer tuk melepaskan kerinduan itu. ceh, ak ni kadang-2 jiwang jugak. cepat touching...
tapi pe boleh buat... dulu setiap hari hidup aku ceria dengan lawak jenaka diorang. kecoh n huru-hara jadinya. tak kira la pagi, siang, petang atau pun malam. cume time tido jer suasana akan sunyi.

rindu dengan suara, usikan, jeritan dan macam-2 la...


~m'usik yuyun yg tak suka pic nyer di ambil..heee..~



~tapi aku still snap pic dia @class..;)



~ lyane n syue. suke kacau-2 diorg. hehe. ~



~last pic yuyun n lyane.aku amek sblum ak pergi.. :'(


rindu.rindu sangat-2 kat diorang. sedey bila tgk pic-2 nih. banyak suka duka yg kita berkongsi. indahnya kenangan tu. tak bole nak dilupakan. AKU SAYANG kat korang... expecially kat yuyun n lyane. walaupun pertemuan kite sekejap tapi banyak kenangan indah yg tak dapat dilupakan.. :')

--------------- always in my heart -----------------


p/s; sbnrnya byk lg pic yg aku nk masuk kan tp ti panjang sangat. xt'daya akak. hehe. kepada kawan-2 yg len yg pic nye tak dimasukkan, maaf la yee.. bukan aku tak ingat korang, aku ingat sangat-2 lagi-2 kt nurul n opie . . ;)

Sunday, April 17, 2011

finally..it's OVER (!)

hurm.. kesedihan mula melanda diri. rasa nya baru sekejap merasakan nikmat manis nya hidup. tapi apakan daya, ia bagaikan angin monsun yg dtg tak diduga dan meragut jiwa dgn sekali libasannya. begitulah perasaan dan hati ni.

arghh.. sukar untuk aku mengerti. apakah nikmat nya cinta yg selama ini dibangga-2 kan oleh semua umat manusia. aku rasa kesal. aku rasa didusta n dipermainkan. hati aku betul-2 sakit hingga tak dapat untuk aku meluahkan nya.

kenapa kau memperlakukan aku seperti ini?
apakah salah aku?
yee.. aku tak tahu pasal cinta. aku tak tahu untuk bercinta. tapi kau tak pernah faham.
sekarang kau pergi dengan memberi alasan yg bgitu kukuh bg kau, tp tidak bg aku. hurmm..
setelah kau mengigit ati aku, kau biarkan kesan luka terus bernanah di hati aku tanpa m'bntu tuk merawat. begitu sopan tindakan kau tu..

terima kasih kpd kau yg tlh mengajar aku "NIKMAT CINTA"..............
yg bagai kan "NERAKA"....... terima kasih sangat-2.. aku akan ingat jasa kau hingga ke akhir hayat....

monolog dalaman;
'cinta tak bermakna bg aku kalau sering disakiti n didustai..Ya ALLAH, Tolong JAUH kan aku dari KAUM Adam buat masa ini. Aku belum bersedia...'

hati terluka (",)

Wednesday, April 6, 2011

MaksiAt haTi???

hati gembira tapi rindu mula membuak. adakah aku da tergolong dalam org yg m'punyai maksiat hati??
hurm.. kenapa perasaan ni sering bergolak. fikiran merewang ntah kemana.
manakah aku yg dulu?
happy go lucky. chill. hyperactive..

huh(!)

hilang...hilang dibuai nafsu cinta yg mula mekar...
huh.. ni bukan aku.. kenapa aku begini??
mata hati aku mgkn telah ditutup ke? arghhh.. kenapa aku tak ada pendirian?
orang lain bercinta jugak tp kenapa aku yg lebih?
masih merenung kehadapan dan mencari-cari diri yg dulu.

monolog dlmn berkata;
"kadang-2 perubahan yg berlaku dlm diri aku, aku tak boleh terima. seolah-olah aku bagai terkena 'kejutan budaya'..huh.."

Saturday, March 26, 2011

Taip Cepat-2 :)

hye blogger sumer...
assalamualaikum dan salam sejahtera... huhuhu...

hari ni aku nk post sikit kat entry nih maklumlah semenjak aku da keje nih xsempat nk update-2 blog. habis bersawang aku nyer blog nih disebabkan da lama tak bukak.. aish.. nasib bek la malam ni ada masa. ley godeh-2 hehe..

ermm.. F.Y.I aku skrang da keje. aku tlh wat kputusan tuk berhenti belaja. walau macam-2 dugaan yg aku kena tempuh, akhirnya aku terima tawaran kerja tu.. hurm.. naseb baik government. lau swasta aku da tolak tawaran tuh habis-2an.. huhu... angkuh seketika nih..

hari ni aku sangat-2 happy sbb satu hari ni aku pergi meronda-2 menaiki Kereta Biru kepunyaan si Gula-2 Hati..(BFF).. agak banyak la aku melabur kan duit beli barang-2. huhu.. tapi tak pe janji aku puas. dan sal duit bole aku cari lagi. hehe..

ok la. stakat smpai disini je la bebelan aku. mak aku da sebok-2 sound suro tido nih.
aku kena berhenti menaip sebelum dia bangun dan terus memberi ceramah di tengah malam. huhu.. *sorry mak...

apa-2 hal hari nih, hari yg THE BEST la...

*thanks to Nurfira Rosle...sbb sudi meluangkan masa bersama saya.. ;)

monolog dalaman;
tersangat bengang gn pihak kolej sebab melambatkan urusan aku tuk berhenti belajar. Gggrrr.. GeraM betol(!)

Thursday, March 10, 2011

TAG ? Macam BeSt Je ~ ;)

hujan xbenti-2 nih. hurmm.kedinginan.. sambil-2 minum kopi di malam hari, aku bkak la blog kejap, tuk skodeng-2 cite t'kini dr kengkawan blogger yg len... kepo tol kan aku nih. huhu.ada sape kesah? hurm.. lantak la lau ko nk kesah ke tak. peduli pe aku.
tbe2 tangan nih gatal, skodeng blog princessofmetalxoxo @ yuyun chomel. beliau tlah tag aku tuk jawab soklan-2 yg mencabar. skrg aku nk jwb soklan dia uh.. mari-2 baca. hehe..

1.Adakah anda rasa hot?
-apakah hot yg dimaksudkan? panas seperti goreng pisang yg baru diangkat ker?? hehe. absalutely ak nih mmg hot n gorjess..ini adalah fakta n bukan auta k. HAHAHA..

2.Upload Wallpaper Laptop



3.Cerita disebalik Wallpaper berkenaan.
- aku juz pilih icon windows uh sbb da t'lalu boring dgn menjadikan gambo-2 aku sbg wallpaper kt lappy. lgpun it's look simple n kemas. sedap mata memandang. yg penting ada jam n kalender. supaya aku xleka dgn masa n hari. hehe..

4.Bila kali Terakhir Makan Ayam?
- pada jam 10.30mlm. baru tadi la.. ayam masak merah. pehh.. marvelous(!) mmg febret uh. nasi tanpa ayam ibarat dunia tanpa manusia. haha. Dasat kan aku nih..ish3..

5.Lagu terakhir anda dengar?
- Lagu Taylor Swift. Crazier. slow tapi sedap didengar. lagi-2 la otak ak nih gh gile pk sal dia..ermm.. mmg sesuai sgt la dgn lagu uh..layan jiwa kacau.. huhu..

6.Apa yang sedang Anda lakukan semasa menyelesaikan tag ini?
-dengar lagu pkai mini lyric sambil gulin-2 atas katil. Hebad kan.?? ;)

7. Selain nama sendiri, anda Dipanggil apa?
-hurm.. banyak sangat nama glamor yg kengkawan aku bg contoh nye; along, adek manis, saintis hebad. yg paling sweet is..Yaya (*only the special one i luv) hehe. malu nih...

8.Tag 8 orang.
- fyra
- SIAPA-2 la..
- opie
- nurul
- uca
- salia
(da.. aku xtwu nk tag sape lagi.. ckup la 6org jer. tp sape2 yg nk jawab tag nih dipersilakan yee..)

9.Siapa no.1 yg anda tag?
- hurm.. Gula-2 hati. sahabat yg betul-2 sejati. tempat mengadu n b'manja. kwn yg palingg lama n mempunyai jiwa yg sama. (soulmate) ;)

10.Katakan sesuatu kepada no.5 yang anda tag.
- jawab la soklan-2 yg aku da tag kt ko. kasi meriah sikit blog ko uh yee.. ;)

11.Siapa orang ketiga yang anda tag?
- Sofia. mempunyai darah kacukan melayu+cina. ex-housemate yg byk ckpp.. hehe..

12.Bagaimana dengan no.4?
- Nurul Hafizah. yg tak geti duduk diam. hyper-active yg melampau-lampau. and soo. gorjess bila pkai tudung express... (^_^)

13. Pesanan buat no.6
- jaga diri elok-2 n dun be noty k. apa-2 masalah cite jer kat aku. mudah-2an aku bole tolong, xpun skit sebanyak bole lega kan perasaan ko tu k..

14. Kata-kata cinta buat no.2
- Perlu ker?? :P

15. ada persamaan tak no.7 dengan no.8?
- nak ada cmner? aku letak pon smpai no.6. so...???

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no.1
- kawan yang sejati
- mudah jatuh cinta (blh nmpk wlaupun dia sorokkan).
- ada kereta warna biru
- sedang jatuh cinta dengan seseorang. ;)
- happening n happy go lucky.(tp muka still cm garang) hahaha..

17.Persamaan antara lembu dan kambing.
- Spesies haiwan yg boleh di buat korban n HALAL dimakan.

18.Perasaan ketika menjawap tag ni.
- suka-suki n fenin-2

19.Adakah anda tahu Rizman itu sengal?
- Siapakah itu? atuk kamu kaa?? hurmm. nta tak kenal ('',)

20.Gay or Less?
- Mestilah Less. tgk kat tepi-2 blog aku uh. tgk bape ramai awek yg aku ada.. ;)

---------------------- Selesai Sudahh.. Sekian..-----------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...