❤ aku chenta duniaku disini ❤.sudah skodeng? jgn lupe tinggalkan link n saya akan jenggah blog anda. ;)

✿sWeeTBlog9eR✿

Friday, May 25, 2012

Percubaan .

Test. Test .


Assalamualaikum & Selamat Hari Jumaat .


Ehem. Hari ini,buat pertama kalinya aku update blog pakai blogger-ndroid . Hahaha.. Gua pakai smart phone okey, kalau tak dunlod app ni macam rasa ketinggalan la pulak . *ceh, angkuh kejap* .


Okeylah, untuk hari ni sampai sini je aku taip . Saje nak memaklumkan yang aku da dunlod app ni ke dalam henpon aku . Harap-harap sape yg teragak-2 nak dunlod lepas ni, boleh la uplod ye.. Memang terbaik . Terbaik kerr?? . Haha. Kbai .


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 24, 2012

Sendiri

Aku berdiri . Berdiri mendonggak ke langit.. Sesekali aku terasa ada yang memerhati . Tetapi aku hiraukan, aku tetap memandang ke langit . Melihat keindahan Sang Pencipta . Sehingga aku tersedar yang aku tidak bersendirian

Fikiran aku merewang seketika. Jauh termenung menyebabkan aku terfikir akan sesuatu. Sesuatu yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata . Keegoaan memaksa aku menyembunyikan semua cerita . Cerita tentang cinta dan isi dunia.

Aku kembali mendonggak ke langit. Lalu aku berhalusinasi sendirian. Mencari cerita di celah-celah awan. Berpandukan bentuk-bentuk awan yang sentiasa berubah-ubah. Alangkah hebatnya ciptaan Illahi . Kerana dapat membahagiakan diri aku yang sepi.

Sinar matahari menembusi gabus yang suci. Aku tersedar dari berhalusinasi. Melihat sekelilingku yang sepi. Rupa-rupanya aku masih SENDIRI .

~looking for something and then u got nothing

Wednesday, May 23, 2012

Biarlah takdir Membawanya

Aku percaya dengan takdir . Tapi adakah takdir itu akan membawa aku kepada dia ? Kalau aku terlalu berharap dan percaya dengan takdir itu, Aku takut , suatu hari nanti aku akan terjerumus dengan kesakitan di dalam jiwa .

Tapi kenapa dia muncul? Muncul hanya buat seketika dan pergi dalam sekelip mata . Adakah ini adil bagi orang yang baru mengenal erti cinta ?

Ohh . . Tidak...

Belum merasa kehangatannya tetapi hati akan mula menjadi sengsara . Derita merindu akan mula tercipta . Air mata yang jernih akan mengalir menahan derita. Ini kerana , derita itu bukan derita biasa, Derita merindu yang tiada kesudahannya . Seolah-olah hati yang telah ditawan tiba-tiba di sentap pergi begitu saja .

Biarlah takdir membawanya . Jika di hati masih curiga .. Akan ku hadapi hari-hari mendatang untuk memantapkan iman di jiwa .

Hanya pada-Mu aku berserah Ya Allah .

Rindulah secara sederhana , supaya jiwamu kekal untuk Maha Pencipta

p/s: Gambar ehsan dari iluvislam.com ... :)

Wednesday, May 9, 2012

Majlis Konvoksyen Adikku .

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera .

Ehem. macam kekok plak aku nak update blog. Da lama kot aku tak bukak blog aku. Sekarang nak update apa-apa konfem aku cuma pakai Twitter je. haha . ok, stop merepek. aku sebenarnya bukan nak cerita pasal twitter ke apa. Hari ni aku nak update pasal Konvoksyen adik aku (Nurul fatihah) yang baru lepas ,6 Mei 2012 hari tu. Meh tengok gambo2 yang aku da snap pkai henpon 18megapixcel aku nih.(kerek betol) huhu.

Ni adik aku yang terima konvo hari tu.Suka bebeno dia . Da macam retis asik bergambo jer.

Abah , Mak , Eah , adik aku yg bongsu (Uca)

sementara tunggu adik aku pulangkan jubah, aku berposing dulu . haha (sempat lagi tu)

Konvokesyen ni buat kat Segamat . Mesti korang tertanya-tanya, adik aku ni amek kos apa kan ? Hurm, dia amek kos Fesyen & Design . Pereka Baju dalam bahasa melayunya. Apa - apa pun tahniah la kepada beliau yang dah pon konvo . Lepas ni kalau nak buat baju raya dah senang sebab da ada tukang jahit dalam rumah. hahaha...

retis yang berposing sebelum balik :P

*aku je yang tak konvo-konvo . tapi takpe, aku tengah dalam proses apply UUM Pace , tinggal tunggu sah jawatan dari kementerian je :) *

p/s: terima kasih kerana sudi membaca . :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...