❤ aku chenta duniaku disini ❤.sudah skodeng? jgn lupe tinggalkan link n saya akan jenggah blog anda. ;)

✿sWeeTBlog9eR✿

Saturday, November 19, 2011

Rindu Menaip....

salam satu Malaysia...
(cewahhh ;P)

Waaa.. dah masuk hampir setengah tahun aku bekerja.. Jadi agak xde masa nak update blog ni.. dulu masa study rajin sgt-2 update cite..hurmm.. Almaklumlah semenjak lappy ni xde di sisi. Aku malas nk ke Cyber Cafe utk mengupdate kn segala citer-2 yg dongeng.. hahaha..Agak rindu nak menaip segala cerite sengsasi n terkini. Apa bole buat.. lappy aku da b'alih arah ke adik ak.. ak da xstudy,so bg la lappy ni b'khidmat tuk dia.. (konon jd akak yg baik la...) ahakzz...

ok la.. da alang2 aku meghadap lappy ni, aku nk utarakan satu topik tuk korg sumer.. =)
mcm ni cite nyer. dua hari yang lepas ada member aku ngadu yg shoutmix kt blog dia di hack oleh kwn2 yg xb't/jwb. hurm.. kesian kan..

ekceli cite kt dlm blog dia uh xde la seteruk mana pun. just cite pndgn dia t'hdp wanita yg b'tudung. mmg dlm dunia ni xde yang sempurna tp mlalui penulisan mgkin akan membuka mata org utk menilai apa yg betul n salah. lgpun kalau niat wanita tu nak pkai tudung adalah betul tu bgus la kan.. ni setakat pkai tudung cume nk ikot kawan o nk cuba ikot2 kan fesyen xguna jgk btol x??

so, jadi la diri sendiri. klau kita rasa diri kita btol xpayah la nk m'gelabah bila di tegur. xperlu la nk m'ugut atau memaki hamun org yg mmberi pndgn tu..
Sekurang-2nya, b'syukur la sbb org tu tlg membuka mata n minda . ingat kwn tu kadang kala cermin utk diri kita.


hurm. xkn korg snggup b'diri lama2 depan cermin tuk btol2 nilai diri korg ..akan jumpe ker?? lama2 blh jd cm patung nih..hee. :P


*p/s; kita xselalu membawa cermin kemana-2. so, guna kan kwn sbg cermin utk mlihat diri kita. . =P

Saturday, July 9, 2011

~ i'm alive... ;)

Assalamualaikum...
fuh.. lama gilerr tak ber'bloging.. nk update blog pon xsempat. mklumlah bila da bekerja madang xsempat nk bkak lappy ni.. hanya mampu on9 pkai HP je.. hurmm..

okeyh.okeyh.
dikesempatan ni ak nak bgtwu yg ak masih hidup lagi k. ahakz. :D .. yeah. i'm still alive. (ceh, macam tajuk lagu Celine Dion la plak..) haha.. ;D

hurmm.. macam-2 da benda yg berlaku. sampai nk citer kat cni pon ak tak mampu nk citer. tapi ada satu perkara yg paling happy pada ak tuk tahun ni.. adik aku yg bongsu (Ucha)
dapat sambung blaja kat Politeknik,Terengganu.. yg best nyer. aku dapat gi makan angin lepas anto dia.. haha.. ni lau ia twu konfem maki-2 sbb jeles.. ktorg mkn angin tanpa mengajak dia sekali. huhu. sorry sis...


sabar menanti.. yg pkai tudung itam tu Ucha, berdiri tegak (Bapak aku). tgh termenung(adek ak jgk.. Eah..)



hah.. ni dia orang kuat kita sudah mai.. haha.. ini lah si Wawa anak buah aku..dia pun ada blog jgk..dtg la mlawat..heehe..



peh. akak ak happy gilerr. siap wat peace lg uh. xly blah..haha.. gambo mse lepas anto Ucha. bgunan blkg uh asrama dia la.. mak baru lepas nanges..



last pic yg aku amek sblm bertolak ke JB..@Pantai Batu Burok Resort


hurmm.. sumer bergumbira bila dapat jln-2 n shoping-2. tp hakikatnya ada yg sedih kerana telah berjauhan dr keluarga iaitu Ucha.. huhu. Apa-2 hal sabo je la ye dek.. kitorang sume akan ingat kt ko selalu..

nota kaki; Ucha ko belaja rajin-2, nnt lau dapat keje yg bgus ko ley tolong mak.. hurmm.. kt cni mak risau gilerr gn kau.. Do your Best sis..(!)

Saturday, April 30, 2011

Damn(!) Miss So Much.

salam you'll... ;)

haish. da naik bersawang ak nyer blog nih. xde masa nak update. balik kerja mandi lepas tu makan n tido.. malas bebeno nak bukak lappy. huhu.macam penat sgt.. :P

hurm..
semenjak dua menjak nih, aku asik t'ingat kisah-2 yg berlalu. aku rinduu sangat-2 dengan kawan-2 yg selama nih selalu ada disamping aku masa aku belajar dulu. kadang-2 hanya mampu melihat pic diorang jer tuk melepaskan kerinduan itu. ceh, ak ni kadang-2 jiwang jugak. cepat touching...
tapi pe boleh buat... dulu setiap hari hidup aku ceria dengan lawak jenaka diorang. kecoh n huru-hara jadinya. tak kira la pagi, siang, petang atau pun malam. cume time tido jer suasana akan sunyi.

rindu dengan suara, usikan, jeritan dan macam-2 la...


~m'usik yuyun yg tak suka pic nyer di ambil..heee..~



~tapi aku still snap pic dia @class..;)



~ lyane n syue. suke kacau-2 diorg. hehe. ~



~last pic yuyun n lyane.aku amek sblum ak pergi.. :'(


rindu.rindu sangat-2 kat diorang. sedey bila tgk pic-2 nih. banyak suka duka yg kita berkongsi. indahnya kenangan tu. tak bole nak dilupakan. AKU SAYANG kat korang... expecially kat yuyun n lyane. walaupun pertemuan kite sekejap tapi banyak kenangan indah yg tak dapat dilupakan.. :')

--------------- always in my heart -----------------


p/s; sbnrnya byk lg pic yg aku nk masuk kan tp ti panjang sangat. xt'daya akak. hehe. kepada kawan-2 yg len yg pic nye tak dimasukkan, maaf la yee.. bukan aku tak ingat korang, aku ingat sangat-2 lagi-2 kt nurul n opie . . ;)

Sunday, April 17, 2011

finally..it's OVER (!)

hurm.. kesedihan mula melanda diri. rasa nya baru sekejap merasakan nikmat manis nya hidup. tapi apakan daya, ia bagaikan angin monsun yg dtg tak diduga dan meragut jiwa dgn sekali libasannya. begitulah perasaan dan hati ni.

arghh.. sukar untuk aku mengerti. apakah nikmat nya cinta yg selama ini dibangga-2 kan oleh semua umat manusia. aku rasa kesal. aku rasa didusta n dipermainkan. hati aku betul-2 sakit hingga tak dapat untuk aku meluahkan nya.

kenapa kau memperlakukan aku seperti ini?
apakah salah aku?
yee.. aku tak tahu pasal cinta. aku tak tahu untuk bercinta. tapi kau tak pernah faham.
sekarang kau pergi dengan memberi alasan yg bgitu kukuh bg kau, tp tidak bg aku. hurmm..
setelah kau mengigit ati aku, kau biarkan kesan luka terus bernanah di hati aku tanpa m'bntu tuk merawat. begitu sopan tindakan kau tu..

terima kasih kpd kau yg tlh mengajar aku "NIKMAT CINTA"..............
yg bagai kan "NERAKA"....... terima kasih sangat-2.. aku akan ingat jasa kau hingga ke akhir hayat....

monolog dalaman;
'cinta tak bermakna bg aku kalau sering disakiti n didustai..Ya ALLAH, Tolong JAUH kan aku dari KAUM Adam buat masa ini. Aku belum bersedia...'

hati terluka (",)

Wednesday, April 6, 2011

MaksiAt haTi???

hati gembira tapi rindu mula membuak. adakah aku da tergolong dalam org yg m'punyai maksiat hati??
hurm.. kenapa perasaan ni sering bergolak. fikiran merewang ntah kemana.
manakah aku yg dulu?
happy go lucky. chill. hyperactive..

huh(!)

hilang...hilang dibuai nafsu cinta yg mula mekar...
huh.. ni bukan aku.. kenapa aku begini??
mata hati aku mgkn telah ditutup ke? arghhh.. kenapa aku tak ada pendirian?
orang lain bercinta jugak tp kenapa aku yg lebih?
masih merenung kehadapan dan mencari-cari diri yg dulu.

monolog dlmn berkata;
"kadang-2 perubahan yg berlaku dlm diri aku, aku tak boleh terima. seolah-olah aku bagai terkena 'kejutan budaya'..huh.."

Saturday, March 26, 2011

Taip Cepat-2 :)

hye blogger sumer...
assalamualaikum dan salam sejahtera... huhuhu...

hari ni aku nk post sikit kat entry nih maklumlah semenjak aku da keje nih xsempat nk update-2 blog. habis bersawang aku nyer blog nih disebabkan da lama tak bukak.. aish.. nasib bek la malam ni ada masa. ley godeh-2 hehe..

ermm.. F.Y.I aku skrang da keje. aku tlh wat kputusan tuk berhenti belaja. walau macam-2 dugaan yg aku kena tempuh, akhirnya aku terima tawaran kerja tu.. hurm.. naseb baik government. lau swasta aku da tolak tawaran tuh habis-2an.. huhu... angkuh seketika nih..

hari ni aku sangat-2 happy sbb satu hari ni aku pergi meronda-2 menaiki Kereta Biru kepunyaan si Gula-2 Hati..(BFF).. agak banyak la aku melabur kan duit beli barang-2. huhu.. tapi tak pe janji aku puas. dan sal duit bole aku cari lagi. hehe..

ok la. stakat smpai disini je la bebelan aku. mak aku da sebok-2 sound suro tido nih.
aku kena berhenti menaip sebelum dia bangun dan terus memberi ceramah di tengah malam. huhu.. *sorry mak...

apa-2 hal hari nih, hari yg THE BEST la...

*thanks to Nurfira Rosle...sbb sudi meluangkan masa bersama saya.. ;)

monolog dalaman;
tersangat bengang gn pihak kolej sebab melambatkan urusan aku tuk berhenti belajar. Gggrrr.. GeraM betol(!)

Thursday, March 10, 2011

TAG ? Macam BeSt Je ~ ;)

hujan xbenti-2 nih. hurmm.kedinginan.. sambil-2 minum kopi di malam hari, aku bkak la blog kejap, tuk skodeng-2 cite t'kini dr kengkawan blogger yg len... kepo tol kan aku nih. huhu.ada sape kesah? hurm.. lantak la lau ko nk kesah ke tak. peduli pe aku.
tbe2 tangan nih gatal, skodeng blog princessofmetalxoxo @ yuyun chomel. beliau tlah tag aku tuk jawab soklan-2 yg mencabar. skrg aku nk jwb soklan dia uh.. mari-2 baca. hehe..

1.Adakah anda rasa hot?
-apakah hot yg dimaksudkan? panas seperti goreng pisang yg baru diangkat ker?? hehe. absalutely ak nih mmg hot n gorjess..ini adalah fakta n bukan auta k. HAHAHA..

2.Upload Wallpaper Laptop



3.Cerita disebalik Wallpaper berkenaan.
- aku juz pilih icon windows uh sbb da t'lalu boring dgn menjadikan gambo-2 aku sbg wallpaper kt lappy. lgpun it's look simple n kemas. sedap mata memandang. yg penting ada jam n kalender. supaya aku xleka dgn masa n hari. hehe..

4.Bila kali Terakhir Makan Ayam?
- pada jam 10.30mlm. baru tadi la.. ayam masak merah. pehh.. marvelous(!) mmg febret uh. nasi tanpa ayam ibarat dunia tanpa manusia. haha. Dasat kan aku nih..ish3..

5.Lagu terakhir anda dengar?
- Lagu Taylor Swift. Crazier. slow tapi sedap didengar. lagi-2 la otak ak nih gh gile pk sal dia..ermm.. mmg sesuai sgt la dgn lagu uh..layan jiwa kacau.. huhu..

6.Apa yang sedang Anda lakukan semasa menyelesaikan tag ini?
-dengar lagu pkai mini lyric sambil gulin-2 atas katil. Hebad kan.?? ;)

7. Selain nama sendiri, anda Dipanggil apa?
-hurm.. banyak sangat nama glamor yg kengkawan aku bg contoh nye; along, adek manis, saintis hebad. yg paling sweet is..Yaya (*only the special one i luv) hehe. malu nih...

8.Tag 8 orang.
- fyra
- SIAPA-2 la..
- opie
- nurul
- uca
- salia
(da.. aku xtwu nk tag sape lagi.. ckup la 6org jer. tp sape2 yg nk jawab tag nih dipersilakan yee..)

9.Siapa no.1 yg anda tag?
- hurm.. Gula-2 hati. sahabat yg betul-2 sejati. tempat mengadu n b'manja. kwn yg palingg lama n mempunyai jiwa yg sama. (soulmate) ;)

10.Katakan sesuatu kepada no.5 yang anda tag.
- jawab la soklan-2 yg aku da tag kt ko. kasi meriah sikit blog ko uh yee.. ;)

11.Siapa orang ketiga yang anda tag?
- Sofia. mempunyai darah kacukan melayu+cina. ex-housemate yg byk ckpp.. hehe..

12.Bagaimana dengan no.4?
- Nurul Hafizah. yg tak geti duduk diam. hyper-active yg melampau-lampau. and soo. gorjess bila pkai tudung express... (^_^)

13. Pesanan buat no.6
- jaga diri elok-2 n dun be noty k. apa-2 masalah cite jer kat aku. mudah-2an aku bole tolong, xpun skit sebanyak bole lega kan perasaan ko tu k..

14. Kata-kata cinta buat no.2
- Perlu ker?? :P

15. ada persamaan tak no.7 dengan no.8?
- nak ada cmner? aku letak pon smpai no.6. so...???

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no.1
- kawan yang sejati
- mudah jatuh cinta (blh nmpk wlaupun dia sorokkan).
- ada kereta warna biru
- sedang jatuh cinta dengan seseorang. ;)
- happening n happy go lucky.(tp muka still cm garang) hahaha..

17.Persamaan antara lembu dan kambing.
- Spesies haiwan yg boleh di buat korban n HALAL dimakan.

18.Perasaan ketika menjawap tag ni.
- suka-suki n fenin-2

19.Adakah anda tahu Rizman itu sengal?
- Siapakah itu? atuk kamu kaa?? hurmm. nta tak kenal ('',)

20.Gay or Less?
- Mestilah Less. tgk kat tepi-2 blog aku uh. tgk bape ramai awek yg aku ada.. ;)

---------------------- Selesai Sudahh.. Sekian..-----------------------

Thursday, March 3, 2011

Kenapa ada Pilihan ??


hye blogger sumer.
da lama tak update blog nih. al-maklumlah assignment melambak .plus. event da nak dekat so. keadaan huru-hara menyelubungi hidup aku.

semalam aku tibe2 dapat call dari mak aku. dia bagitawu yg aku dapat tawaran kerja dari SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)n kena gi lapor diri kat Putrajaya 8 March ni.
peh(!) terkejutzz gila. kenapa baru sekarang ni nama aku dipanggil? huh. kepala aku mula menggila tak tentu pasal. asik terfikir jer sama ada nak sambung blaja atau benti blaja.
sedangkan aku belaja tinggal setahun je lagi.. hurmmm.. kepala mula terhuyung-hayang memikirkan benda2 tu.

Kerja atau Belajar ? (-_-")

mana satu yang akan aku pilih?
arghhh. terlalu sukar untuk aku membuat pilihan. tapi kenapa tawaran tu baru datang sekarang sedangkan aku da lama pergi interview.
hati aku mula meronta tak tentu pasal. Gggrrr.. serabut gila kepala nih + pening2 wat assignment. huh. cukup menduga hati n naluri aku.

petang tu jugak terus aku bgtawu kat housemate aku. dengan perasaan yg tak menentu dan sayu aku bgtwu kat diorg yg aku dpt twrn kerja tu. hurmm. sebenarnya aku syg gila-2 kat diorg. xsmpai ati utk jauh dari diorg. hurmmm... lagi-2 si yuyun n lyane.

aku tak mampu nak taip byk-2 kat sini elak air mata aku ni jatuh hbs keyboard aku masuk air.

*tp dalam ati nk teruskan je study nih.
aku syg sgt-2 kat kwn2 aku sume. especially, yuyun n lyane. ~luv u so much bebeyh.... xsanggup nak jauh dari korang.

monolog dalaman;
tengah update blog tibe2 mak aku call, dia suro aku trime kerja tu.. HOW???? aku buntu (!)


Wednesday, February 16, 2011

silent nite. Syuuuhhh (!)


tik tok. tik tok.
degedek. gedek. gedek. (bunyi kipas uzur). . . huhu~ *len pesen jer bnyi. haha.
ermm.. mlm nih aku berteman kan jam, kipas dan segala bagai barang di dalam bilik nih.
fuhh.. sunyi gile malam nih. ketiadaan room mate yg selalu aku perkotak-katikkan, aku jadi bosan kerana tiada orang untuk dijadikan bahan . huh.. gilaa gaban bosan..

aik. xpaham tol la nape dak kecik nih suro kuda tu silent ?? huh..

oleh kerana aku kebosanan di malam ari nih. terasa pulak nk menaip bnyak-2 kt dlm belog aku. *aku nih poyo jer lebih..huhu. senornya nk reka citer xder yg harus diceritakan. waduh-2 apa nih??kebuntuan dong. huhu.*

tapi bagi siapa yg malas nk baca xpayah baca. kamu. kamu dan kamu bole maen jauh-2 yer. maklumlah siapa la kita nih kann. bukan nya pemes cm artis.

k.la aku citer aktiviti aku di siang hari tadi .
pagi-2 aku da dikejutkaan oleh cik amoy untuk pergi berjuang. cewah. berjuang ye ye o je. huhu.
senor nya, aku gn cik amoy merangkap (housemate) telah memasuki pertandingan tulisan jawi. cewah. aku masuk saja-2 jer. mengisi masa lapang. hihi. maklum lah, smbutan maulidur rasul macam-2 aktiviti diadakan kat kolej nih. tapi aku gn housemate aku just masuk pertandingan tulisan jawi. pertandingan yg lain kami just ignore kan je. *konon-2 kitorg lbih terror translet kn rumi kepada jawi. . hahaha.
tapi tak tawu sma ada menang o kalah. tapi rasa-2 nya cm tak de pluang jer. tp xpe. skurang-2 nye kehadiran aku gn cik amoy dpt memeriahkan majlis uh.
*tapi lau aku gn cik opie xde pon aku rasa majlis uh da meriah kan?? (persoalan boleh meriah ker??) hehe.

hurm. lepas habis jer pertandingan tu. aku gn housemate aku pun pulang ke rumah. kemudian aku bersiap-2 pulak tuk gi jenjalan gn 2 aweks chantek. iaitu (cik lyane n cik renbow). puas kami meronda-2 satu bandar. lepas tu. kami berhenti berehat kat McD. da puas melantaak n bergossip kitorang pon pulang dengan memikul beg plastik yg sebesar beg plastik sampah itam uh. Sumpah ! berat gila uh.. tp larung jer la.

hurm.. tu je la aktiviti yg aku wat di siang hari. agak penat dan letih jugak la. pai balik uma mkn lagi. huh. bila tak de kerja asik makan. makan . dan makan. mana la badan n muka aku nih tak naik asik makaannn jer.

okeyh la. tibe-2 mata aku da berat la plak. mahu tido. sok kelas akan bermula seperti biasa. dan aku kne wat satu perbentangn. jadi tuk mengelakkan mata aku nih kuyu dan kemerah-merahan. adalah amat baik aku membuta dulu k.

wasalam sampai di sini saja bebelan aku di tengah malam nih. good nite sumer.

monolog dlman;
"group project 'event' tinggal beberapa hari lagi ! kena kerja keras. huh. "

Wednesday, February 9, 2011

Oh no (!)

Oh no (!)
mengapa dengan aku ? aneh !

hari ni aku tak tahu kenapa dengan tiba2 air mata mengalir begitu deras tanpa aku menginginkannya keluar. aku tak faham. puas cik yuyun taye aku soklan bertubi-tubi sbb apa aku mnagis. maaf kawan, aku sendiri tak tahu mgapa dan aku tak de jawapan tuk menjawab soalan kamu.

tapi aku tibe2 terfiikir knp aku perlu menangis. hurmm. malu gila la nangis depan membe2. adui aii. tp knpa air mata boleh tibe2 jatuh berderai ke bumi tanpa sebab.


aku masih waras untuk menceritakan kejadian pagi tadi.
memang macam orang gila menangis pai tersedu - sedan. hurmm..

hurmm. aku kuat semangat aku yakin aku tak mudah beralah. aku mesti melawan dengan perasaan ini. kerana aku tahu jika aku tak melawan aku yg akn merana sendiri.

kata hati :
"keadaan tak menentu tp akal blh b'fikir secara waras, tapi tidak logik bg diri ku sendiri kenapa aku mengeluar kan air mata tanpa sebab. mgkn jiwa aku kosong. mungkin . hurmm.."

p/s ; syg sgt2 kat kamu dua2. cik yuyun n cik lyane. Sorry sbb da wt korg risau.

Saturday, February 5, 2011

:: tidak sanggup aku melihatnya ::


hurmm. da 2hari berturut-2 aku bawa mak gn abah gi Hospital Abdul Samad. mak beriya-2 suruh aku ikot sebab abah tak bape pasti gn tmpat tuh. aku pe lagi, nak tak nak terpaksa ikut. memang mula nya aku malas nk kuar uma, tapi setelah dipujuk berkali2 dgn mak akhirnya, aku ikut la jugak.
sebenarnya aku ke sana bukan nk wat checkup tuk mak atau abah aku. tapi aku ke sana tuk melawat mak sedara aku yg baru lepas operation 4hari lepas. aku ingat dia da di hantar ke wad pesakit biasa, upenya dia still lagi kat wad ICU. sbb condition dia sangat lemah dan memerlukan bantuan oksigen.

hari pertma aku datang, aku tak masuk kat bilik ICU uh. cume mak aku jer yg pi masuk. lagipun ramai yg nk tengok. bilik ICU uh bkn nyer boleh masuk ramai2. nurse kata xly masuk rmai2, ni nak elakkan jangkitan kuman. hurmm..aku pe lg tunggu luar dan berbual2 gn sedara2 aku..

hari kedua pergi melawat. akhirnya aku dapat jugak masuk kat bilik ICU tu. hurmm. tgk keadaan mak sedara aku yg badan dia berselirat dengan wayar uh sebak rasanya hati nih. aku mmg tak sanggup nk tengok. mata dia celik tapi tak boleh nak berkata2 sbb mulut dia disumbat gn satu paip. aku tak pastilah untuk apa. yg paling kesian. kat leher kne tebuk tu. adui ai. aku rasa macam aku jer yg kat tempat dia.


masa aku berdiri kat sebelah katil uh, tibe2 doktor datang tuk membuat pantauan. ada ke doktor tu ckp "awak nak tgk tak jahitannya?" ish.. pe lagi. aku terus geleng2 kan kepala. seram. la. xsilap aku doktor operate mak sedara aku dari bawah dada pai ke pangkal rahim. lebih kurang 12 inci la panjang nyer. adui perit nyer. xsanggup bile dengar kak nor bercerita (anak kepada mak sedara ak). lgpun, aku tak tahu apa sakit sebenar dia. doktor pun kurang pasti.

~aku sgt2 sedih dan tak sanggup tgk keadaan dia macam tu. ermm..~

apa2 pun aku tetap berdoa agar dia cepat sembuh. semoga Allah panjang kan umur dia. Amin~

monolog dalaman berkata;
"melihat orang sakit, hati jadi sayu dan aku mula bersyukur kepada Tuhan kerana aku masih sihat dan berupaya meneruskan hidup dalam dunia yg penuh cabaran ini " .


Monday, January 31, 2011

hanya dalam sesaat.


malam yg dingin.
hurmm.. akhirnya hujan reda tuk seketika. ALLHAMDULILLAH.

dunia yg mendung ibarat hati ku yg kecewa. hujan yg turun pula diibaratkan seperti air mata yg mengalir dan membasahi pipi.

huh. tidak terungkap dengan kata2 dan juga perbuatan. betapa sakit ati ini bila dikecewakan dan dipermainkan. aku sangka DIA adalah sahabat dan kawan yg mema
hami dan bkal aku sayangi tuk selamanya.. rupa2 nya tidakk (!) . hanya dalam sesaat sahaja dia telah melukakan ati aku dan meragut segala kepercayaan aku terhadap diri nya. aku tahu yg aku nih tak penting bg dia.

"tp kalau kamu da muak tuk berkawan dengan aku tolong la berterus terang dan jangan lah melakukan sesuatu yg membuat kan aku sakit ati."


selepas nih aku tak kan gnggu hidup dia lagi. SUMPAH (!). Lepas nih aku tak nak knal dengan mana2 boy. memandangkan aku nih cepat jatuh ati. ekceli mmg aku hampir2 jatuh ati dgn dia. tp lepas apa yg dia buat kat aku, terus hilang la perasaan tuh.

walaupun dia mintak maaf selepas pe yg dia buat kat aku, aku tetap tak boleh trima. terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata mmg xly wt pe. hurm. harap2 dia bahagia dengan kehidupan dia tanpa gangguan aku lagi.

~terhapuslah rasa cinta n sayang bersama sang hujan~

kata hati : kadang2 kita memang susah nak cari n dapat kan org yg btul2 jujur dengan kita . tapi walaupun susah ati aku mst sentiasa happy ~

p/s ; slmt bercuti kepada kwn2 yg sdg bercuti. enjoy ur holiday k. assignment jgn lupe buat. ;)

Friday, January 21, 2011

KemaLasan Melanda


huh. hari ni hari JUMAAT bersamaan 21 JANUARI 2011. malas nyer nk gi kelas event. rasa cm nk ponteng jer ri nih. boring + bosan lagi2 budak dua tu tak de. satu hari tak gado gn diorang rasa rindu glerr.. aish. lyane n yunn best nyer korg kat uma berehat santai nmpk. aish. geram tol la aku gn korang nih. saje nk tinggal kan aku terkontang-kanting tanpa ada teman bergaduh. hehhee...

mgikut tajok entri di atas.
aku ri nih mmg tol2 malas nk gi kelas. tu la tak der semangat
nih. mggu nih da la tak dapat nk blk uma mak. aish.. rindu giler. mula la pyakit 'homesick' aku nih datang... arghhh.. tu sebenarnye sumer alasan..huhu..
tp apa kan daya da tanggung jawab sebagai pelajar, nk tak nak kne la gi jgk kelas uh. harap2 ri nih lecture lepas kan awal. xlarat aku nk blaja petang2. xly terima otak nih. gerenti masuk tlinga kanan keluar telinga kiri. hhuuhu.. dasat2.

hurm.. nak duduk kat uma nih pon xde bnde nk buat kan so redha kan je la diri ni untuk ke kelas. wlpun terasa malas sgt2. aku sebenarnye da ngantuk giler2 nih. tapi xly nk tido plak. nih kalau da tido konfem2 la aku tak menyadar kan diri tuk gi kelas. aish. huhuhu.

nota kaki ; *knapa la kena wat event? nk cari tempat punya la susah. adess mcm ne nih?! kebuntuan.. (",)

Sunday, January 16, 2011

- puisi yg menyentuh hati -


Semalam aku bukak e-mail. Tibe2, aku tgk kat inbox ada melambak2 msj yg masuk. al maklumalah da lama tak buka e-mail skali buka.. hurm amek ko! berlambak2 msj kat dlm inbox. aku terpandang salah satu msj tu dari my luvly frend. dia hntar satu puisi yg agak best la bg aku. ni msti kes ia nak perli aku. pas uh send msj ni kat e-mail aku. mgkn dia amek kt bnde ni kt iluv islam.com. so, aku nak share kat korang supaya korg pon dapat bce puisi ni dgn pnuh kesyahduan. =)

--------------------------- JAUHKAN RINDU-----------------------

bila rindu kembali menjengah,
menyusup datang melalui sekeping gambar,
begitu terasa bibirku bergetar,
begitu terasa kakiku makin longlai,

kulihat pada jemari-jemariku,
menggigil dalam bahang tengah hari,
ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
kuletakkan tangan pada dadaku,
degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.


Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.


Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.


Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.


Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.


Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.


Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.


Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.


Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.


kata hati ;

"cinta itu banyak ertinya, ia terlalu luas dan mendalam. tapi sebagai manusia yang berakal ingatlah cinta kepada manusia bukan segala2 nya, tapi cinta kepada Tuhan yg mencipta adalah lebih agung dan lebih bermakna".


p/s*kredit to my luvly frendz. Nurfira Rosle yg bg puisi ni kat aku. sayang kamu sgt2.


Thursday, January 13, 2011

kerana nila setitik, habis sume b'tukar warna .


assalamualaikum kepada sumer blogger n pengintip rahsia.. ;)

sementara menunggu e-mail dari my besfrend masuk ada baik nye ak wat citer kat blog ni. lagipun da lama xupdate blog nih. huhu.hari ni seperti hari2 yang biase aku lalui kat kolej. tapi tuk sem nih aku rase down sangat2 sbb jeles kat kawan2 yg xrepeat paper. menyesal tol sbb dulu xblaja betul2. mana xnyer aku bkak bku last minute sal sebuk sgt nk cari duit punya pasal. nak menyesal pon da tak berguna buat mase nih. apa boleh buat.. terpakse wat yg terbaik tuk semester nih.

SUMPAH!! aku xnk gagal mana2 paper lagi. huru-hara beb jadual aku. sebab terkejar2 mencari kelas lain. huh. penat uh.
p/s: (jangan la sesekali tiru perangai aku nih k.)

tapi kan aku pelik dengan budak yg banyak repeat paper, diorg still rileks jer macam tak de perasaan. yang ada wat selamba jer makin banyak join benda2 yg karut-marut nih. macam mne la agak nye masa depan diorang nanti kan. xkn nk b'kampung kat kolej ni kut.. hurmm...

arghh!! lantak la. wat pe aku nak sebuk sal orang lain ni. diri sendiri pon agak2 messy. aish..
-- habis citer sal bnde nih --

Sambung citer lain plak..
Actually aku hari ni xbpe nk semangat sangat nta la kenapa, tak tahu la. .
dalam kelas sik memikirkan sesuatu yg xbgtu penting kot tapi t'bawa2 pai xly nk fokus time blaja. lagi2 tyme lecture yg ajar tu boring giler. mase tu aku rase cm nak amek attendance pas uh blah jer dari situ.. hurm...

sebenarnya. apa yang aku nak sampaikan xt'luah pulak kat cni. dikhuatiri ada plak pengintip yg tak diketahui baca. habis la aku kne band gn org. adess.. so. xjadi plak nk bercerita. bia la menjadi rahsia smpai biler2 walaupun hati ini terluka pai menanah. hurm...


--kenapa aku pilih pic ni? mgkn korang akan paham macam ne situasi aku sekarang nih. agak messy dan kosong.--

kata hati :
* biarlah hati ni terluka sedangkan yang lain bahagia., walau apa pun yang berlaku aku mesti bahagia dan sentiasa ceria untuk membahagiakan orang lain. ini kerana melihat orang lain gembira hati ku mungkin dpt dirawat walau pun hanya tuk seketika*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...