❤ aku chenta duniaku disini ❤.sudah skodeng? jgn lupe tinggalkan link n saya akan jenggah blog anda. ;)

✿sWeeTBlog9eR✿

Sunday, November 11, 2012

Perasaan Yang Dibiarkan

~miss you but it's hard to expressed....~

Hati rasa sesuatu tetapi aku tahu yang ianya hanya khayalan semata...

Kesedaran dalam diri ini membuatkan aku celik dan bangkit.

Berbicara dengan bayang-bayang, lalu aku bertanya pada diri...

Adakah aku layak? Sedangkan aku hanya seorang yang tiada apa-apa..

Siapa aku untuk mendapatkan cintanya ? .. Siapa aku yang mampu memilikinya ? dan .... Siapa aku untuk meluahkan perasaan padanya..

Biarlah perasaan ini dibawa oleh angin.. Terbang melayang lalu menjauh menghilang..

Biarlah rasa sakit ini hanya dapat aku rasa seketika, Walaupun ku tahu ia mengambil masa untuk menyembuhkannya.

Kerinduan ini pasti hilang begitu saja.

Menjauhkan diri adalah lebih baik untuk menghilangkan rasa ini ...

Thursday, July 19, 2012

Jodoh.. Ouh.. Jodoh...

Assalamualaikum ..

Sebelum waktu balik tiba, ada baiknya aku bagi update blog ni dengan menambah-nambah post yang sedia ada...


Hurmm..

Tajuk kat atas tu tak boleh blah betul. Ni semua gara-gara makcik2 aku yang nak sangat tengok aku kawen. Walhal, aku belum bersedia ke arah tu. Sedangkan bercinta pun aku taknak..ni kan pula kahwen.. Ouhh .. Tidaakkk!


Mungkin pintu hati aku belum terbuka ke arah itu. Mungkin dua, tiga tahun akan datang kot boleh buka cerita tu balik.


Btw.. Aku malas nak fikirkan perkara tu memandangkan aku masih perlu belajar mencintai keluarga dan diri sendiri..


Pada makcik2 aku yang suka bangkitkan isu ni tolonglah dihentikan seketika.

Jodoh itu ada.

Insyaallah mungkin satu hari nanti akan ada ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 4, 2012

Keindahan Puisi

Puisi berbicara melalui hati .

Adakah, aku faham setiap bait kata yang terlakar atau yang terkeluar?

Atau aku hanya sekadar mengambil pena dan mencatat setiap perkataan-perkataan yang ku kira ia sesuai dengan setiap ayat.

Kadang-kadang apa yang terkandung di dalam isi hati belum tentu dapat terurai . Ini kerana, apabila hati bermonolog sendirian adakah kita sedar apa yang kita sedang fikirkan?

Jiwa akan mula bercelaru.

Mengatur setiap ayat yang ingin diungkapkan. Padahal ianya enteng dan mudah difahami jika diluahkan dengan kata-kata.

Tapi mengapa begitu sukar jika ingin diungkapkan dengan perbicaraan. Mengapa juga medium penulisan yang dipilih untuk meluahkan isi hati .

Akan bersambung ..............

Friday, May 25, 2012

Percubaan .

Test. Test .


Assalamualaikum & Selamat Hari Jumaat .


Ehem. Hari ini,buat pertama kalinya aku update blog pakai blogger-ndroid . Hahaha.. Gua pakai smart phone okey, kalau tak dunlod app ni macam rasa ketinggalan la pulak . *ceh, angkuh kejap* .


Okeylah, untuk hari ni sampai sini je aku taip . Saje nak memaklumkan yang aku da dunlod app ni ke dalam henpon aku . Harap-harap sape yg teragak-2 nak dunlod lepas ni, boleh la uplod ye.. Memang terbaik . Terbaik kerr?? . Haha. Kbai .


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 24, 2012

Sendiri

Aku berdiri . Berdiri mendonggak ke langit.. Sesekali aku terasa ada yang memerhati . Tetapi aku hiraukan, aku tetap memandang ke langit . Melihat keindahan Sang Pencipta . Sehingga aku tersedar yang aku tidak bersendirian

Fikiran aku merewang seketika. Jauh termenung menyebabkan aku terfikir akan sesuatu. Sesuatu yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata . Keegoaan memaksa aku menyembunyikan semua cerita . Cerita tentang cinta dan isi dunia.

Aku kembali mendonggak ke langit. Lalu aku berhalusinasi sendirian. Mencari cerita di celah-celah awan. Berpandukan bentuk-bentuk awan yang sentiasa berubah-ubah. Alangkah hebatnya ciptaan Illahi . Kerana dapat membahagiakan diri aku yang sepi.

Sinar matahari menembusi gabus yang suci. Aku tersedar dari berhalusinasi. Melihat sekelilingku yang sepi. Rupa-rupanya aku masih SENDIRI .

~looking for something and then u got nothing

Wednesday, May 23, 2012

Biarlah takdir Membawanya

Aku percaya dengan takdir . Tapi adakah takdir itu akan membawa aku kepada dia ? Kalau aku terlalu berharap dan percaya dengan takdir itu, Aku takut , suatu hari nanti aku akan terjerumus dengan kesakitan di dalam jiwa .

Tapi kenapa dia muncul? Muncul hanya buat seketika dan pergi dalam sekelip mata . Adakah ini adil bagi orang yang baru mengenal erti cinta ?

Ohh . . Tidak...

Belum merasa kehangatannya tetapi hati akan mula menjadi sengsara . Derita merindu akan mula tercipta . Air mata yang jernih akan mengalir menahan derita. Ini kerana , derita itu bukan derita biasa, Derita merindu yang tiada kesudahannya . Seolah-olah hati yang telah ditawan tiba-tiba di sentap pergi begitu saja .

Biarlah takdir membawanya . Jika di hati masih curiga .. Akan ku hadapi hari-hari mendatang untuk memantapkan iman di jiwa .

Hanya pada-Mu aku berserah Ya Allah .

Rindulah secara sederhana , supaya jiwamu kekal untuk Maha Pencipta

p/s: Gambar ehsan dari iluvislam.com ... :)

Wednesday, May 9, 2012

Majlis Konvoksyen Adikku .

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera .

Ehem. macam kekok plak aku nak update blog. Da lama kot aku tak bukak blog aku. Sekarang nak update apa-apa konfem aku cuma pakai Twitter je. haha . ok, stop merepek. aku sebenarnya bukan nak cerita pasal twitter ke apa. Hari ni aku nak update pasal Konvoksyen adik aku (Nurul fatihah) yang baru lepas ,6 Mei 2012 hari tu. Meh tengok gambo2 yang aku da snap pkai henpon 18megapixcel aku nih.(kerek betol) huhu.

Ni adik aku yang terima konvo hari tu.Suka bebeno dia . Da macam retis asik bergambo jer.

Abah , Mak , Eah , adik aku yg bongsu (Uca)

sementara tunggu adik aku pulangkan jubah, aku berposing dulu . haha (sempat lagi tu)

Konvokesyen ni buat kat Segamat . Mesti korang tertanya-tanya, adik aku ni amek kos apa kan ? Hurm, dia amek kos Fesyen & Design . Pereka Baju dalam bahasa melayunya. Apa - apa pun tahniah la kepada beliau yang dah pon konvo . Lepas ni kalau nak buat baju raya dah senang sebab da ada tukang jahit dalam rumah. hahaha...

retis yang berposing sebelum balik :P

*aku je yang tak konvo-konvo . tapi takpe, aku tengah dalam proses apply UUM Pace , tinggal tunggu sah jawatan dari kementerian je :) *

p/s: terima kasih kerana sudi membaca . :D

Monday, March 12, 2012

Kembali Merapu . .

waa... wujud lagi blog aku nih rupanya, setelah sekian lama tak meng'update'.. Maklumlah sekarang ni semakin banyak laman-laman sosial yang wujud, sampai aku sendiri tak terlayan lagi. Facebook ntah ke mana , dengan twitter nya lg.. sampai blog jadi tak terbela.. huhu..
Sekarang ni musim cuti sekolah, jadi adalah banyak masa yang aku boleh curi untuk update blog aku. (kalau bos tahu habis aku !) hahaha..

dalam suasana kebosann macam ni, aku tiba-tiba terfikir nak buat bisnes. tapi aku tak tahu nak bisnes apa. Makanan atau Pakaian? tapi aku ada buat deal dengan kawan aku, yang aku nak ambil stok blause n skirt dengan dia. Kekonon nak buat jualan kecil-kecilan . Hurmm.. tengok la dulu macam mana. aku nak cuba dulu, kalau sambutan memberangsangkan aku akan teruskan.. hehhe..

oklah, sampai sini je lah aku merapu.. esok-esok kalau aku ada masa aku akan update lagi blog nih k.

*(perasaan pemes, ada ke yg nak jenggah2 blog aku nih??) huhu


beginilah keadaan aku tika dan saat ini..bosann tahap gaban


*gambar ihsan dari Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...