❤ aku chenta duniaku disini ❤.sudah skodeng? jgn lupe tinggalkan link n saya akan jenggah blog anda. ;)

✿sWeeTBlog9eR✿

Thursday, October 16, 2014

Allah Ada ...


~ everything happens have a reason~

Angin yang menampar ke dalam lubuk hati lagi sakit rasanya daripada ditampar oleh tangan manusia..

Aku benci dengan diri..
Tapi aku sayang diri aku..

Allah ada...
Allah ada...

Kau kena tabah!
Bangkit jangan sakit..
Bangkit dan yakin agar kau tidak terluka..
Bangkit dan berlari agar kau dapat mengejar realiti..
Tinggalkan segala fantasi yang kau reka..
Kau jangan lemah!

Hilangkan sifat mudah berharap..
percaya..
menerima..
Jangan mudah membuka ruang hati kau untuk dipermainkan..
Inilah dugaan bagi diri kau yang terpaksa kau tempuhi..
Sedih diselubungi kelam..
Sedih dihurungi kegelapan..

Allah ada..
Allah ada..

Dia Pencipta dan kau perlu percaya kewujudannya..
Kau tak perlu lari sebab aku pasti ini bukalah derita yang harus kau tempuhi..

monolog dalaman:Masih mengharap atau memendam. Dan ini bukan dendam. Rindu!
:: "crying isn't a sign of weakness.It's a sign of having tried too hard to be strong for too long"..

Wednesday, October 15, 2014

Engkau & Aku

13 Oktober 2014

::Trobek Entry::

Masuk bulan September bagi tahun 2014. aku mula mencari sesuatu kepastian dalam hidup. Tapi carian itu belum ditemui. Sehingga aku berjumpa dengan seseorang yang aku anggap boleh dipercayai.Ayat penyedap permulaan cerita

Kenalan dari zaman sekolah tetapi dia berperwatakkan biasa. Disenangi ramai dan mudah membawa diri. Aku anggap dia sekadar kawan tapi lama kelamaan seperti ada suatu kejutan elektrik bila kami sedang berbicara. Pendapat yang berbeza mungkin menyebabkan keserasian.

Melalui pemerhatian aku, dia sangat caring dan bertanggungjawab orang nya. Jarang bagi aku menjumpai seseorang yang berbeza jantina yang boleh satu kepala. Walaupun sering berbicara kasar diantara satu sama lain, tapi dia masih mempunyai timbang rasanya. Mungkin dulu tidak pernah bertegur sapa, namun memori di ingatan sewaktu zaman persekolahan masih boleh dikongsi bersama.

Hanya Engkau dan Aku yang tahu kebenaran. Keakraban kita mungkin disalah ertikan, tetapi percaya lah..Aku ingin mula berkawan dan aku berjanji tidak akan melibatkan perasaan.

nota kecil: "kadang-kadang kita tersalah erti dengan apa yang berlaku. akan tetapi itulah hakikatnya.Berkawan biar beribu, berkasih untuk yang satu. Thanks to be my friend and be my good listener." *TABIK SPRINGGG*

Pesanan:untuk ENGKAU yang membaca, jangan anggap nota ini betul2 tentang diri kau. Sebab aku dah buat penambahan bagi sedapkan ayat. hahaha. Jangan marah hah..

Credit to Mr. T bcoz give me an idea to update the post. Just for fun. TQ.

Wednesday, October 8, 2014

Keterujaan.

Holla..Hi kepada yang baru menjenggah blog aku yang suram nih.haha...

Assalamualaikum, setelah sekiankalinya selepas beberapa tahun dan berbulan lamanya tak menjenggah blog. Akhirnya..aku berjaya menyelinap masuk.Keterujaan dabel terasa bila dah dapat ingat password woi. haha.

Sesungguhnya aku dah terlupa kata laluan blog ni. Almaklumlah banyak benda yang nak ingat. Dulu zaman study bole lah doplohpatjam ngadap. sekarang takde maknanya. Sesekali masuk ni ada baiknya up satu post. Biar orang tawu yang aku ni masih lagi hidup di dunia yang maya nih. *(macam ada orang nak perasan aku.)

Okeylah taip ni jela.. lepas ni tunggu cerita aku ea.. Jangan jemu pulak membaca. Lagi satu, Aku tak sabar nak gi travel woi..

Okeyh..Sekian.

monolog dalaman:/ *nampak kehambaran sewaktu menaip. Fikir utk cari duit bayar yuran.

gambar sekadar hiasan...~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...