Puisi berbicara melalui hati .
Adakah, aku faham setiap bait kata yang terlakar atau yang terkeluar?Atau aku hanya sekadar mengambil pena dan mencatat setiap perkataan-perkataan yang ku kira ia sesuai dengan setiap ayat.
Kadang-kadang apa yang terkandung di dalam isi hati belum tentu dapat terurai . Ini kerana, apabila hati bermonolog sendirian adakah kita sedar apa yang kita sedang fikirkan?Jiwa akan mula bercelaru.
Mengatur setiap ayat yang ingin diungkapkan. Padahal ianya enteng dan mudah difahami jika diluahkan dengan kata-kata.Tapi mengapa begitu sukar jika ingin diungkapkan dengan perbicaraan. Mengapa juga medium penulisan yang dipilih untuk meluahkan isi hati .
No comments:
Post a Comment