❤ aku chenta duniaku disini ❤.sudah skodeng? jgn lupe tinggalkan link n saya akan jenggah blog anda. ;)

✿sWeeTBlog9eR✿

Thursday, July 25, 2013

Program Khidmat Masyarakat .. Part 1

Asslamualaikum .. Nampaknya sudah bersawang blog ni.. Memandangkan sudah lama beta tidak update..Maklumlah busy katanya.. huhu.. Ok.. hari ni aku nak cerita pasal projek assignment aku yang lepas.. Menarik betul sebab ni suatu pengalaman baru bagi aku.. untuk makluman semua.. Program Khidmat Masyarakat ni adalah untuk subjek Ko-K .. Jadi memandangkanini adalah tugas assignment, aku dan kawan-kawan yang lain begitu gigih dan bersemangat bila diberi peluang buat task ni. Al maklumlah memasing teruja nak berkhidmat dengan masyarakat.. Program ni telah berlangsung pada 6 Julai 2013, bertempat di Kg. Maju Jaya, Skudai, Johor .. Haa.. ni aku nak tunjuk sikit gambar-gambar segala aktiviti yang telah dibuat.. Scroll ke bawah la ye .. ,, huhu..

aktiviti yang pertama dilakukan pada awal pagi, gotong-royong di kawasan perkuburan. Hanya kaum lelaki sahaja terlibat.. Bersungguh benar mereka ni.

pelajar perempuan sibuk menguruskan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. tengok ramai betul penyertaan.. meriahh!!

Ni adalah pertandingan ukiran nenas. Semangat makcik-2 ni mengukir. Pertandingan dianjurkan oleh Lembaga Nanas..

SETERUSNYAAA...

Ni laa acara paling meriah .. SUKAN RaKYAt.. orang kampung Maju JAya memang semuanya sporting.. terbaikk laa..

disamping itu, booth utk cek kesihatan juga disediakan.. percuma..

setakat ni saja la yang dapat aku kongsikan, tapi mungkin ada bahagian kedua, nak tunjuk plak gambo-2 orang kuat yang bersama-sama menjayakan program ini

untuk pengetahuan korang semua, kami adalah Pelajar Jarak Jauh UUM, Pusat Johor Bahru.Jadi segala aktiviti yang dijalankan melibatkan penduduk kampung dan juga pelajar. Okey laa.. sampai disini saja. Esok lusa kalau rajin aku akan update yang Part 2 plak k. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...