❤ aku chenta duniaku disini ❤.sudah skodeng? jgn lupe tinggalkan link n saya akan jenggah blog anda. ;)

✿sWeeTBlog9eR✿

Sunday, November 9, 2014

Trip to Krabi .. ~Part 1.

Kawan :Eh..Eh..Air Asia buat promotion. Tiket ke Krabi two ways cuma RM148.84 tapi naik dari KLIA2..ok x?

Aku : OK2..on! (dengan semangatnya..) haha.

31 Oktober 2014
JB - TBS - KLIA 2 - Krabi

aku bertolak dari JB jam 8:00pagi. Untuk ke KLIA2 aku dan dua orang rakan telah memutuskan untuk menaiki bas dari Larkin ke TBS. Tiket dah dibeli awal2. Tiket bas dari Larkin ke TBS ialah RM35.

Sampai di TBS pada jam 12:45tengah hari. Sampai kat sana kitorang cari makan dulu sebelum bergerak terus ke KLIA2. Selepas kenyang, kitorang bergerak ke terminal ERL untuk mencari tiket ke KLIA2. Takde lah mahal mane, harga cuma RM26.50..tapi kalau korang ada kad siswa sila bawa yer..dapat pengurangan 30% tu..huhuhu..Dekat TBS, cuma ada ERL Transit saje yer..Tapi kalau nak ERL Ekspress korang kena gi ke KL Sentral. Harga tiket RM35. Naik ERL transit ni laju jugak.Dari TBS ke KLIA2 cuma mengambil masa lebih kurang 32minit.

1st time aku menjejakkan kaki ke KLIA2 besar dia bukan main. Nasib datang awal. Flight aku masa tu pukul 4:25petang. Nasib sampai dalam pukul 2:35petang. Jadi untuk membuang masa aku berwindow shopping lah kat dalam tu. Hahaha..

Tepat pukul 4:25petang, aku dan rakan2 yang lain menunggu dan terus menunggu kehadiran flight. Penuh semangat kami berlari. Last2..flight delay masa tu. Hamekk.. 45minit menunggu dan akhirnya kami menaiki kapal terbang Air Asia . Mungkin faktor cuaca menjadi penyebab flight lambat. hmm..

Ok. Aku sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Thailand tepat pada jam 7:30malam waktu Malaysia..(lebih kurang kot sampai sana..)turun je dari flight aku dengan kawan2 yang lain terus gi tempat beli tiket bus. Harga untuk seorang dalam 150baht = RM15 . Kitorang turun kat Ao Nang, Krabi. Sebab dah book hotel kt area Ao Nang..Perjalanan sejauh 17km. Korang jangan book hotel kat Krabi Town k. Jauh dari pantai dan kat sana xde apa2 yg menarik.

~K.L House Ao Nang , tempat menginap ni betul2 kat bandar Ao Nang, sebelah 7 eleven. senang nak cari makan.. Sebab sebelah depan tu byk restoren halal..Kalau korang nak ke pantai pun bole jalan kaki..tak jauh cuma 0.2km jek..~

Untuk harga hotel ni.. RM71/night. sangat murah sebab aku booking kat Agoda.com

Ok lah..esok aku sambung part 2. Mencari pakej termurah n pakej apa je yang perlu korang amek. hmm.. Kbye.. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...