Aku berdiri . Berdiri mendonggak ke langit.. Sesekali aku terasa ada yang memerhati . Tetapi aku hiraukan, aku tetap memandang ke langit . Melihat keindahan Sang Pencipta . Sehingga aku tersedar yang aku tidak bersendirian
Fikiran aku merewang seketika. Jauh termenung menyebabkan aku terfikir akan sesuatu. Sesuatu yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata . Keegoaan memaksa aku menyembunyikan semua cerita . Cerita tentang cinta dan isi dunia.Aku kembali mendonggak ke langit. Lalu aku berhalusinasi sendirian. Mencari cerita di celah-celah awan. Berpandukan bentuk-bentuk awan yang sentiasa berubah-ubah. Alangkah hebatnya ciptaan Illahi . Kerana dapat membahagiakan diri aku yang sepi.
Sinar matahari menembusi gabus yang suci. Aku tersedar dari berhalusinasi. Melihat sekelilingku yang sepi. Rupa-rupanya aku masih SENDIRI .
A good hunter always waits..
ReplyDelete