Aku percaya dengan takdir .
Tapi adakah takdir itu akan membawa aku kepada dia ?
Kalau aku terlalu berharap dan percaya dengan takdir itu,
Aku takut , suatu hari nanti aku akan terjerumus dengan kesakitan di dalam jiwa .
Tapi kenapa dia muncul? Muncul hanya buat seketika dan pergi dalam sekelip mata .
Adakah ini adil bagi orang yang baru mengenal erti cinta ?
Ohh . . Tidak...
Belum merasa kehangatannya tetapi hati akan mula menjadi sengsara .
Derita merindu akan mula tercipta .
Air mata yang jernih akan mengalir menahan derita.
Ini kerana , derita itu bukan derita biasa,
Derita merindu yang tiada kesudahannya .
Seolah-olah hati yang telah ditawan tiba-tiba di sentap pergi begitu saja .
Biarlah takdir membawanya . Jika di hati masih curiga ..
Akan ku hadapi hari-hari mendatang untuk memantapkan iman di jiwa .
Hanya pada-Mu aku berserah Ya Allah .
Rindulah secara sederhana , supaya jiwamu kekal untuk Maha Pencipta
p/s: Gambar ehsan dari iluvislam.com ... :)